Penyampaian sumbangan CSR MAFI-PRIHATIN yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Ahmad Tarmizi Bin Sulaiman, Pengerusi MADA dan Yang Berhormat Tuan Nurulhisham Bin Yaakob, Exco Pertanian Dan Industri Makanan Perlis kepada petugas ‘frontliners’ yang bertungkus lumus mengekang penularan wabak COVID-19. Turut hadir bersama, Tuan Haji Kamarudin Bin Dahuli, Pengurus Besar MADA.

Berikut merupakan maklumat berkenaan penyampaian bantuan yang telah disampaikan:-

1. Penyampaian sebanyak 2,400 botol (100 karton/kotak) air minuman keluaran usahawan MADA kepada pusat PPV Kangar oleh YB Tuan Nurulhisham Bin Yaakob, Exco Pertanian Dan Industri Makanan Perlis bertempat di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Wawasan 2020, kangar perlis.

2. Penyampaian barangan produk-produk Usahawan Bimbingan MADA kepada petugas-petugas di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) – Jabatan Kesihatan Unit Bakas oleh YB Tuan Nurulhisham Bin Yaakob, Exco Pertanian Dan Industri Makanan Perlis.

3. Penyampaian 2,400 botol (100 karton / kotak) air minuman keluaran Usahawan Bimbingan MADA kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Tunku Anum, Pejabat Daerah Kubang Pasu, Jitra oleh YB Ahmad Tarmizi Bin Sulaiman, Pengerusi MADA.