Yang Berhormat Ahmad Tarmizi Bin Sulaiman, Pengerusi MADA hari ini berkesempatan mengadakan lawatan ke Kawasan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) G-IV, MADA Guar Chempedak untuk melawat usahawan-usahawan bimbingan MADA.

Turut hadir semasa lawatan adalah YB Mohd Azam Bin Abd Samat, ADUN Sungai Limau dan Tuan Haji Kamarudin Bin Dahuli, Pengurus Besar MADA.

Lawatan YB Pengerusi MADA dimulakan ke rumah usahawan Program Rezeki Tani, Puan Nor Hamimi Binti Darus yang terlibat dalam Projek Pemprosesan Makanan (Pizza & Roti) bertempat di Kg. Batas Ubi, Yan.

Puan Nor Hamimi memulakan perniagaan beliau pada tahun 2017. Seterusnya, lawatan YB Pengerusi MADA diteruskan ke bengkel usahawan bimbingan MADA iaitu Puan Fatimah Binti Hamid yang terlibat dalam Projek Pemprosesan Makanan Maruku (usahawan IAT) bertempat di Lorong Hj. Khir, Kampung Kilang, Guar Chempedak.

Puan Fatimah memulakan projek pemprosesan makanan maruku secara sambilan pada tahun 2015, namun pada tahun 2019 Puan Fatimah mula menjalankan projek secara sepenuh masa dan mampu menghasilkan maruku sebanyak 250kg sebulan.

Semoga usahawan-usahawan bimbingan MADA terus kuat mengaharungi dugaan Pandemik COVID-19.