Penyerahan Cek Bantuan Banjir Tabung Bencana Tanaman Padi Bulan November 2020 oleh YB Tuan Nurulhisham Bin Yaakob, Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Perlis kepada 4 orang peladang yang terlibat dengan banjir dibawah kawasan PPK C-I, Kangar. Turut hadir bersama beliau, En. Zairizal Bin Zainon, Pengurus Wilayah 1 MADA.

Terdahulu, Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan telah meluluskan peruntukan melalui Bantuan Tabung Bencana Tanaman Padi berjumlah RM2,001,259.40 juta kepada 1917 orang peladang yang melibatkan 2,284.59 hektar di Kawasan Muda yang terjejas akibat kejadian banjir di Kawasan Muda pada bulan November 2020 yang lalu.

Untuk makluman peruntukan Bantuan Tabung Bencana Tanaman Padi bagi kawasan Wilayah 1 MADA adalah berjumlah RM 73,986.96