Majlis Penyerahan Bantuan Covid-19 ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Ahmad Tarmizi Bin Sulaiman, Pengerusi MADA kepada Yang Berbahagia Datuk Kamarul Zaman Mamat, Ketua Polis Negeri Kedah bertempat di Ibu Pejabat MADACorp, Menara Peladang Alor Setar. Turut hadir sama, Tuan Haji Mohamad Anuar, Ketua Pegawai Eksekutif MADACorp.

Program ini adalah merupakan misi bantuan kepada masyarakat yang terkesan dengan Covid-19, dimana MADACorp mengambil inisiatif menyumbangkan seribu kampit beras melalui pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai tanda sokongan pihak MADACorp ke atas usaha PDRM Negeri Kedah dalam menjalankan “Ops Bantu’ yang dianjurkan oleh pihak IPK Negeri Kedah.