Sambutan Hari Raya Aidiladha bagi Tahun 1442 Hijriah / 2021 Masihi ini turut dirasai kemeriahannya meskipun disambut dalam suasana pandemic Covid-19 dengan pengisian ibadah korban yang dianjurkan oleh MADA bertempat di Kandang Ternakan PPK C-II Kerpan.

Program Korban MADA 2021 ini disempurnakan oleh Yang berhormat Ahmad Tarmizi Sulaiman, Pengerusi MADA dan Tuan Haji Kamarudin Bin Dahuli, Pengurus Besar MADA yang juga telah menyempurnakan penyampaian sumbangan daging kepada 2 pihak iaitu golongan peladang yang fakir miskin serta petugas-petugas yang terlibat

Program ibadah korban sebegini memberi peluang kepada MADA untuk membantu mereka yang memerlukan disamping mengharapkan program ini akan dapat dilaksanakan lagi di masa akan datang

Program ibadah korban memberi peluang kepada umat Islam untuk membantu mereka yang memerlukan disamping menghayati makna sebuah pengorbanan yang sinonim dengan sambutan Aidiladha.

Oleh yang demikian, pihak MADA turut sama melaksanakan Program Korban MADA 2021 dengan mengatur perancangan dan pelaksanaan ibadah korban dengan teliti dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh kerajaan.