Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah menerima sumbangan in-kind dalam bentuk barangan keperluan harian dan makanan daripada Syarikat Syngenta dalam usaha membantu Bakul Prihatin Negara untuk Program MAFI PRIHATIN bertempat di Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar.

Program MAFI-PRIHATIN yang dilancarkan bertujuan membantu golongan sasar yang terkesan akibat pandemik Covid-19 disamping menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus memerangi pandemik Covid-19.