Bagi memeriahkan sambutan bulan Ramadhan Tahun 1443 Hijriah, MADA telah menganjurkan Program Singgah Soq anjuran Kelab Peladang Muda yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Ahmad Tarmizi bin Sulaiman, Pengerusi MADA dimana sebanyak 300 bungkusan makanan sahur telah diagihkan kepada beberapa kakitangan bertugas di agensi kerajaan sekitar Alor Setar Kedah seperti Balai Bomba Jalan Raja, Ibu Pejabat Daerah Kota Setar, Balai Bomba Jalan Tun Razak, Penjara dan Hospital Sultanah Bahiyyah.

Pihak MADA menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada petugas-petugas frontliners yang telah menyumbangkan keringat dan tenaga kepada negara. Turut serta dalam program tersebut, YBrs. Tuan Haji Kamarudin Dahuli, Pengurus Besar MADA, Timbalan-Timbalan Pengurus Besar, Pengarah-Pengarah Bahagian, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras PPK serta kakitangan dari Ibu Pejabat dan PPK. Seusai majlis tersebut, beliau turut mengadakan Sesi Libat Urus bersama Peladang-Peladang Muda MADA.